Home » , » "Letak Jawatan PM" - Apa Maksud Tun M

"Letak Jawatan PM" - Apa Maksud Tun M

Written By Unknown on 11/09/2014 | 11:06 pm

Petaling Jaya: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak pernah meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak, letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua,” katanya selepas melancarkan buku '#WahaiMelayu' karya Anas Zubedy, di sini, hari ini

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita semalam yang memetiknya sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menasihatkan perwakilan UMNo peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadangkala pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir salah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah,” katanya.

Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung UMNO, Oktober depan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli UMNO.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata, pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

"Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara betul adalah penyelesaian.

"Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka...mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu hari ini kurang beramanah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Keadaan itu menjadi punca kenapa Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak berjaya kerana mereka juga tidak mempunyai perasaan malu bila gagal melakukan sesuatu perkara dengan baik.

"Kita perlu belajar untuk ikhlas...kalau kita jujur kita akan jadi baik," katanya.

Hadir sama pada pelancaran buku '#WahaiMelayu' ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger