Beliau juga mempertahankan keputusan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam krisis menteri besar Selangor yang banyak dikritik ahli jawatankuasa pusat parti dan rakan mereka DAP dan PKR.
Haron dan Majlis Syura Ulama sebelum ini menyokong tindakan Hadi yang tidak menamakan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Keputusan itu menimbulkan pertikaian dalam parti kerana jawatakuasa PAS Pusat sebelum ini memutuskan untuk mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor.
"Ulama diserang berkali-kali dan secara terbuka. Ia lebih teruk di alam maya. Malah sekarang penjual kacang putih, peniaga cendol pun tahu masalah PAS. Majlis Syura sudah diserang dan keputusannya dipertikai.
"Diri saya sendiri diserang. Hanya kerana saya menerima lawatan perdana menteri semasa di Institut Jantung Negara," katanya.
Harun mendakwa situasi tersebut timbul kerana cubaan untuk menukar doktrin 2 dekad "kepimpinan ulama", polisi yang sudah berada dalam PAS sejak pergelutan pada 1979 di mana presiden Tan Sri Asri Muda yang cenderung kepada nasionalis disingkir.
"Sekarang ada agenda untuk menukar kepimpinan ulama kerana merasakan pendirian doktrin itu mengganggu agenda lain," katanya.
Kepimpinan ulama membentuk arah tuju parti menerusi Majlis Syura mereka, lembaga ulama yang memantau dan menangani isu menyentuh polisi parti.
Beliau juga membangkitkan krisis yang berlaku di Selangor dan mengingatkan ahli mengenai prinsip kesetiaan atau wala.
Dalam pada itu, Hadi juga mempertahankan keputusan Hadi dalam krisis menteri besar Selangor dengan menyamakannya dengan sejarah Nabi Muhammad di mana seseorang pemimpin boleh bertindak walaupun tanpa keputusan bersama dalam parti.
"Dalam insiden kehidupan Nabi, baginda membuat keputusan yang berbeza dengan keputusan bersama yang pada awalnya dibuat. Jadi ia perkara sama,” katanya.
Haron berkata, ahli perlu setia kepada pemimpin walaupun keputusan yang dibuat itu tidak popular.
"Ini masalah yang kita hadapi. Kesetiaan kepada pemimpin dipersoalkan,” katanya merujuk kepada tindakan setengah pihak dalam parti yang mempersoalkan cara Hadi menangani krisis di Selangor.
Pemerhati merasakan pergelutan dalaman yang dicetuskan Hadi juga mengancam dan mampu memecahkan persahabatan dalam Pakatan
Post a Comment