Home » » Guru Tahfiz Lakukan Seks Dengan 3 Isteri Sekali Gus Masih Bebas?

Guru Tahfiz Lakukan Seks Dengan 3 Isteri Sekali Gus Masih Bebas?

Written By Unknown on 09/09/2014 | 12:28 pm



KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami.

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. “Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger