Home » » Foto Murid Hampir Pecah Tengkorak Kepala Dipukul Guru

Foto Murid Hampir Pecah Tengkorak Kepala Dipukul Guru

Written By Unknown on 16/09/2014 | 3:36 pm




Guru kejam, adalah gelaran yang layak diberikan kepada Lei Mingxing apabila dia memukul empat kanak-kanak yang hanya berusia tujuh tahun dengan buku teks di dalam pejabatnya hingga menyebabkan tengkorak salah seorang daripada kanak-kanak itu retak.

Dia juga memukul murid-muridnya itu dengan kuat hinggakan pejabatnya dipenuhi dengan darah.

Lei yang juga guru seni itu kini melarikan diri dan usaha memburunya giat dijalankan oleh polis berdasarkan jejak tayar kereta dan telefon bimbit.Menurut guru besar sekolah terbabit, Wang Qin, dia mendengar bunyi tangisan ketika melalui bilik pejabat Lei.

“Saya tidak mengetahui apa yang berlaku kepadanya kerana dia seorang guru yang baik.

“Sekolah ini hanya ada 22 pelajar dan saya amat bimbang dengan keadaan mereka yang cedera ini,’’ katanya. Dalam pada itu, polis memberitahu kanak-kanak terbabit tidak mengetahui kenapa guru tersebut memukul mereka.

Apa yang pasti, Lei telah memanggil mereka ke pejabatnya dan kemudian mula memukul kanak-kanak terbabit, lapor MyNewsHub.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger