Home » » Foto Binaan Misteri Milik Siapa Di Hutan Amazon

Foto Binaan Misteri Milik Siapa Di Hutan Amazon

Written By Unknown on 16/09/2014 | 8:02 pm



Apakah bendanya ini? 

Nampak macam sejenis struktur mini. Ia kelihatan seperti sebuah menara yang dikelilingi oleh pagar dan jika dilihat secara dekat, pagar itu dihubungkan pula oleh benang-benang halus dan memang nampak seperti satu bentuk perlindungan. 

Namun bentuknya yang unik telah membuat para ilmuwan kebingungan.



Binaan aneh ini pertama kali dijumpai oleh Troy Alexander pada tanggal 7 Jun tahun lalu. Dia adalah seorang mahasiswa di Georgia Tech. 

Objek ini pertama kali dijumpai olehnya pada sebuah papan tanda di Tambopata Research Center di timur laut Peru. 

Tiga lagi objek serupa ditemui di dalam sebuah hutan dan penemuan kali ini menguatkan lagi teorinya bahawa ia adalah sejenis telur atau sarang serangga atau mungkin juga labah-labah. 

Tetapi, tiada seorang pun pakar atau para ilmuan dapat memberikan jawapan yang boleh diterima. Masih lagi menjadi misteri sehingga kini dan jika terdapat maklumat berkaitan, pendapat anda dialukan.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger