Home » » Fitnah Polis ; Wartawan Pro Pakatan Haram Jadah Di Siasat

Fitnah Polis ; Wartawan Pro Pakatan Haram Jadah Di Siasat

Written By Unknown on 03/09/2014 | 5:29 pm




Semalam Aakj ada tulis berkenaan isu d atas di SINI.


GEORGE TOWN - Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan sebuah portal berita berikutan laporan polis daripada pelbagai pihak mendakwa berita yang ditulis berbaur fitnah dan hasutan. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sehingga malam tadi, sembilan laporan polis diterima berkaitan artikel bertajuk ’Disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti penjenayah’ yang disiarkan dalam portal itu pada Isnin. 

"Berikutan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, polis membuat kertas siasatan menurut Seksyen 41c Akta Hasutan 1948 kerana laporan yang disiarkan itu dikatakan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini. 

"Polis akan memanggil wartawan wanita berkenaan untuk merekodkan keterangannya untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Artikel berkenaan menyiarkan temu bual wartawan berkenaan dengan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Phee Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri pada pukul 1.30 pagi ketika Phee masih dalam tahanan polis. - Bernama

 - utaranews.com

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger