Home » » Empat Sekeluarga Dari Malaysia Sertai ISIS

Empat Sekeluarga Dari Malaysia Sertai ISIS

Written By Unknown on 09/09/2014 | 1:49 pm

Empat sekeluarga dipercayai bersama-sama 30 rakyat Malaysia berperang di Timur Tengah untuk pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), yang dikenali dengan keganasan dan kekejaman mereka terhadap musuh dan tawanan.

Sumber berkata, empat individu itu dipercayai keluarga Malaysia pertama yang menyertai perang saudara di Syria, dan bersama-sama ratusan warga asing menyertai Isis – dikecam kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia.

Difahamkan, keluarga tersebut termasuk ibu bapa, anak perempuan berusia 18 tahun dan anak lelaki berusia 14 tahun.

“Keluarga tersebut dipengaruhi untuk berperang bersama-sama rakan mereka untuk ‘berjihad’ di Iraq dan Syria.

“Pihak berkuasa mendapat maklumat tentang aktiviti keluarga itu pada November tahun lepas selepas beberapa siri operasi dijalankan polis,” kata sumber

Sumber berkata lokasi sebenar keluarga tersebut tidak diketahui ketika ini walaupun sudah disahkan mereka masih lagi hidup.

“Keempat-empat sekeluarga itu membantu Isis dalam perang mereka terhadap tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad,” katanya.

Suami dan anak lelaki keluarga itu berperang bersama-sama ekstrimis sementara si isteri dipercayai menjadi tukang masak kepada militan Isis.

Masih belum dapat dipastikan apakah peranan yang dimainkan anak perempuan berusia 18 tahun itu.

“Anak perempuan itu pernah mengajar bahasa Inggeris di sekolah yang ditubuhkan untuk anak-anak ekstremis Islam di Malaysia.

“Sekolah itu terletak di negeri utara Malaysia,” kata sumber.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan wanita Malaysia adalah di antara yang dipercayai ke Timur Tengah untuk menawarkan Jihad Al –Nikah atau jihad seks.

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi di mana wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap melawan al Assad di Syria.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya bekerjasama dengan agensi perisikan dan Interpol untuk memantau rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan melalui negara transit ke Iraq dan Syria.

Beliau memberitahu New Straits Times polis sedang menyiasat dakwaan wanita Malaysia terlibat dalam jihad seks di Timur Tengah.

“Putrajaya tidak membenarkan atau mengesahkan tindakan Isis atau Malaysia dijadikan hab untuk terorisme dan aktiviti militan,” kata Zahid seperti dilaporkan New Straits Times.

Di antara Januari dan Jun tahun lepas, polis menahan sejumlah orang yang dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan.

Mereka yang ditahan termasuk anggota Rela dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, di mana kedua-duanya ditahan anggota polis cawangan khas (SB).

Polis juga merampas rifel buatan sendiri dan 433 peluru hidup daripada anggota Rela itu.

Pihak berkuasa mempercayai anggota Rela itu membantu kumpulan militan yang mengadakan latihan perang di Gunung Ara Para, Kampung Nyior Ketior pada Disember tahun lepas.

Isis mengisytiharkan “kekalifahan” mereka pada akhir Jun dan memasukkan utara Iraq sebagai wilayah mereka, bersama-sama dengan kawasan yang sudah ditawan iaitu timur Syria.

Langkah tersebut mengundang kempen serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang membantu tentera Kurdish dan Iraq melawan Isis di utara.

Militan Isis diselar dan dikutuk apabila memenggal kepada wartawan AS James Foley baru-baru ini. Pembunuh Foley berkata mereka melakukan tindakan zalim itu sebagai tindak balas kepada kempen serangan udara AS di Iraq. 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger