Home » » Elak Gangguan Perniagaan ; Peruncit Perlu Buat Persediaan Awal GST

Elak Gangguan Perniagaan ; Peruncit Perlu Buat Persediaan Awal GST

Written By Unknown on 17/09/2014 | 9:22 pm



KUALA LUMPUR – Peruncit perlu membuat persediaan mulai sekarang bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk mengelak sebarang gangguan perniagaan dan masalah di saat akhir, kata Presiden Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia (MRCA) Datuk Nelson Kwok.

Beliau berkata rakyat Malaysia seperti sedia maklum sering menunggu sehingga saat-saat akhir dan ini boleh menimbulkan kekeliruan apabila GST mula berkuat kuasa pada 1 April 2015.

“Para peruncit akan menghadapi cabaran dan masalah pada peringkat awal pelaksanaan,” kata beliau semasa taklimat mengenai kesan GST ke atas perniagaan peruncitan di sini Khamis.

Taklimat itu dianjurkan oleh MRCA bersama dengan Kumpulan Peruncit Malaysia dan Goldsoft, pembekal perisian runcit, untuk membincangkan isu yang dihadapi oleh rangkaian perniagaan runcit dalam pelaksanaan GST.

“Para peruncit mungkin memerlukan lebih daripada enam bulan untuk bersedia dengan perlaksanaan ini dan mereka dinasihatkan agar memulakannya sekarang. Sistem itu perlu ditempatkan bagi mengurangkan risiko kesalahan dalam pengisytiharan cukai dan mengurangkan kos pematuhan disebabkan penalti,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Goldsoft Sdn Bhd Alex Lim berkata pelaksanaan sistem pemprosesan yang betul perlu melangkaui pemahaman mengenai GST terutamanya bagi peruncit bersaiz sederhana hingga bersaiz besar.

Beliau berkata antara cabaran dalam pelaksanaan sistem pemprosesan ialah latihan kakitangan, pengkelasan inventori, butiran pendaftaran pelanggan/pembekal GST, simulasi dan pelaksanaan perisian rangka masa yang akan mengambil masa lebih dari enam bulan.

Jabatan Kastam telah mengenal pasti 50 vendor bagi perisian perakaunan GST dan kerajaan turut memperuntukkan subsidi bagi perniagaan kecil sederhana untuk membeli perisian berkaitan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger