Home » » Eksklusif : Foto Anak Malaysia Gegarkan Tanah Suci Mekah

Eksklusif : Foto Anak Malaysia Gegarkan Tanah Suci Mekah

Written By Unknown on 04/09/2014 | 1:15 pm




Kehebatan anak Malaysia di persada dunia tidak dapat dinafikan lagi.Kepakaran mengendalikan sistem rel di Malaysia secara sistematik diiktiraf dunia apabila pekerja mahir Malaysia diperlukan bagi menyokong dan menjalankan sistem rel Makkah Metro yang akan digunakan bagi

Dijangkakan hingga 500,000 jemaah akan menggunakan perkhidmatan ini dan ini suatu cabaran yang hebat bagi anak Malaysia bagi memastikan ianya berjalan lancar tanpa ada masalah.






Diketuai Muhamad Burhanodin Bin Ismail, memastikan keretapi yang panjangnya 300 meter dan mempunyai 13 gerabak dan dalam 1 perjalanan membawa 3000 jemaah itu bukanlah suatu kerja yang mudah.

Kerajaan Arab Saudi itu telah menggunakan perkhidmatan pakar mahir Malaysia telah masuk tahun ke - 5.Makkah Metro sebelum ini menggunakan perkhidmatan pakar dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) namun sejak 3 tahun kebelakangan ini ERL pula menghantar pakarnya dan diikuti dengan khidmat dari Syarikat Prasana Negara Berhad.

















Dengan kerjasama China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) Saudi, syarikat yang dilantik Kerajaan Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Makkah Metro, pakar dari Malaysia dipilih atas kriteria negara Islam yang mahir mengendalikan sistem keretapi.

Perkhidmatan rel itu hanya akan beroperasi selama lebih kurang 10 hari tetapi persediaannya memakan masa hampir 10 bulan bagi memastikan semua peralatan dan keretapi berkeadaan baik.

Syabas anak Malaysia.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger