Home » » Demo Di Hadapan Ibupejabat Pas Terkini : Foto Lembu Anwar Desak Pas Keluar Pakatan Haram

Demo Di Hadapan Ibupejabat Pas Terkini : Foto Lembu Anwar Desak Pas Keluar Pakatan Haram

Written By Unknown on 30/09/2014 | 1:19 pm



Selepas menerima tamparan hebat termasuk kehilanggan satu kerusi Exco di Selangor serta pemecatan anggotanya sebagai ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang, kepimpinan Pas hari ini diberi kata dua oleh kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)

Lensa yang dianggotai bekas mahasiswa pro-pembangkang termasuk Safwa Anang iaitu bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan, mempertikan kepimpinan Pas dan menuduh parti itu sebagai punca ketegangan dalam pakatan pembangkang.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Pas di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini, Lensa memberi amaran kepada Pas agar mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan atau keluar dari pakatan pembangkang.

Kordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, krisis Selangor yang berpanjangan menunjukkan Pas membelakangkan semangat setiakawan dengan tidak menyokong calon Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR

Pas juga didakwa lambat bertindak serta beberapa kali membuat pusingan 'U' dalam kemelut berkenaan dan mengkritik secara terbuka calon Menteri Besar yang dipilih.

"Contohnya Ahli Parlimen Temerloh melebelkan Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru.

"Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melebelkan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor," kata Ekhsan.

Memorandum empat muka surat itu turut memetik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang didakwa sebagai pencetus ketegangan.

"Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang menyokong Dr. Wan Azizah. Beliau juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah kerana tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka.

"Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dab DAP," kata Ekhsan.

Menorandum itu mengemukan cadangan bagi memulihkan permuafakatan pembangkang termasuk mengesa Pas keluar dari pakatan pembangkang sekiranya gagal bertindak terhadap kelompok dalam parti itu yang mewujudkan konflik dengan DAP dan PKR.

"Lensa menyarankan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang.

"Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok Pas yang berterusan mewujudkan konflik semasa pakatan pembangkang, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah berundur," kata Ekhsan.-UTUSAN


Kepada,
YB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, Presiden Pas.


Menekuni sistem politik dwi-parti, pakatan Pas-DAP-PKR perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah pakatan Pas-PKR-DAP juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu.

Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.

Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran Lensa berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sebagai salah sebuah rakan komponen pakatan pembangkang banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan pakatan pembangkang.

Oleh itu, Lensa akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan pakatan pembangkang. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.

Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
30 September 2014 (Selasa)

Masa:
10.00 Pagi

Tempat:
Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (Di Hadapan Pintu Utama).








mymassa
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger