Home » » DAP Lebih Islamik Dari Pas - Melati Rahim

DAP Lebih Islamik Dari Pas - Melati Rahim

Written By Unknown on 29/09/2014 | 4:18 pm





KAH...KAH....KAH...... kesian sungguh penulis dengan PAS dan juga remaja perempuan ini. Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa perjuangan Islam dalam PAS sudah mula tersasar atau tidak lagi relevan. Ditekankan di sini, Bukan Islam yang tidak relevan, TETAPI PAS itu sendiri.

Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.

“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.

“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting.

“Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.

“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya.


Baca seterusnya di SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger