Home » , » CCTV : Suspek Lontar Bom Ke Rumah Lim Guan Eng

CCTV : Suspek Lontar Bom Ke Rumah Lim Guan Eng

Written By Unknown on 02/09/2014 | 3:42 pm




Polis telah meneliti rakaman CCTV di kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengenal pasti suspek yang membaling molotov cocktail di kawasan itu Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata menerusi rakaman CCTV itu, kelihatan seorang lelaki menunggang sebuah motosikal dan berhenti di hadapan kediaman ketua menteri di Jalan Pinhorn sebelum membakar molotov cocktail dan membaling ke arah rumah berkenaan.

"Lelaki itu dipercayai berusia lingkungan 20-an dan setakat ini polis belum dapat mengenal pasti suspek berkenaan. Kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan."Polis juga akan edarkan rakaman dan lakaran wajah lelaki berkenaan dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan kes itu," katanya pada sidang akhbar, di George Town, hari ini.

Dalam kejadian 11.48 malam itu, seorang suspek membaling molotov cocktail ke arah tempat letak kereta di kediaman Lim sebelum ia meletup dan terbakar.

Dalam perkembangan lain Abdul Rahim berkata polis masih menunggu laporan polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama baik daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan kes itu.

"Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol dan berharap ia dapat diperoleh dalam tempoh terdekat," katanya.

Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi 5 minit 52 saat bertajuk "Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang" tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.


– Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger