Home » » BSN Tarik Balik Iklan Di Portal Malaysiakini

BSN Tarik Balik Iklan Di Portal Malaysiakini

Written By Unknown on 30/09/2014 | 9:02 pm

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengarahkan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menarik semula iklan yang diberikan kepada portal pembangkang, Malaysiakini.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu dalam satu kenyataan melalui akaun mikro Twitternya berkata iklan tersebut diuruskan oleh syarikat pengiklanan yang dilantik oleh bank tersebut.

“BSN tidak letak iklan di Msiakini tapi dibuat oleh agent iklan BSN. CEO BSN maklumkan tadi. Saya dah minta BSN segera tarik balik iklan itu” katanya.

Portal MyKMU.net petang tadi mempertikaikan tindakan Kementerian Kewangan dan pengurusan Bank Simpanan Nasional yang mengunakan khidmat portal tersebut untuk menyiarkan iklan mereka.

“Sebagai sebuah institusi kewangan yang dijamin oleh kerajaan, apakah sebab pengurusan BSN memberi peruntukan iklan kepada Malaysiakini.com yang sering kali menyerang pentadbiran kerajaan Malaysia.

“Bolehkah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberi penerangan mengapa perkara ini boleh berlaku?” ujar penulis artikel tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyeru badan-badan kerajaaan, syarikat milik kerajaan (GLC) serta syarikat swasta khususnya dimiliki Bumiputera agar menempah lebih banyak iklan kepada media arus perdana khususnya kepada akhbar Utusan Melayu (M) Berhad.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu bagi menghargai perjuangan syarikat itu selama ini serta membantu meletakkan syarikat media berusia 75 tahun itu berada di atas landasan yang lebih kukuh.

Suara.tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger