Seorang anggota polis ditahan Isnin lalu bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja bawah umur.
Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku sebaik sahaja mangsa yang berusia 16 tahun dan masih lagi bersekolah itu berjumpa dengan anggota polis tersebut dalam pertemuan kali pertama.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 3 petang pada bulan Mei lalu di sebuah hotel berhampiran pekan Parit Raja, Batu Pahat.
“Mangsa pada mulanya diambil oleh suspek tersebut di kediamannya, kononnya untuk berbincang sesuatu yang cukup mustahak.
“Tetapi, sebaik sahaja mereka berjumpa, suspek tersebut terus membawa mangsa ke sebuah hotel dan memperkosa mangsa,” katanya.
Josrevolution
Post a Comment