Home » » Bagaimana Cara Habiskan RM3 Bilion Rizab Selangor Jadi Keutamaan Azmin Ali

Bagaimana Cara Habiskan RM3 Bilion Rizab Selangor Jadi Keutamaan Azmin Ali

Written By Unknown on 24/09/2014 | 12:01 pm




Selepas sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor hari ini, perkara yang pertama sekali terbayang dalam kepala Azmin Ali ialah bagaimana hendak membelanjakan rizab tunai bernilai RM3 bilion yang telah dikumpul Khalid Ibrahim sebelum ini kononya untuk manfaat rakyat negeri itu.

Azmin Ali dalam ucapan sulungnya selepas bergelar menteri besar, berikrar akan menggunakan rizab tunai yang tersimpan dalam perbendaharaan negeri Selangor sebaik mungkin agar semua pihak dapat merasai manfaat dari wang tersebut.

Adun Bukit Antarabangsa itu turut menegaskan bahawa setiap sen dana negeri Selangor yang tersimpan itu adalah milik rakyat dan tidak mahu rizab itu kekal di atas kertas semata-semata.

Menurut sumber, Menteri Besar Selangor ke-15 itu dilaporkan akan menyiasat punca penyingkiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

Melihat kepada perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor, para pemerhati politik berpendapat, perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor bermakna matlamat Anwar ingin membalas 'budi' bekas setiausaha sulitnya kini sudah tercapai.

Sejak dari awal lagi Anwar sememangnya mahu Azmin menggantikan Khalid Ibrahim dengan menjadikan Wan Azizah sebagai pelakon utama untuk mengaburkan mata semua pihak termasuk penyokongnya sendiri.

Paling terkesan sekali dalam permainan Anwar ini adalah PAS, apabila parti Islam itu berjaya dikucar-kacirkan PKR sehingga ada ahli parti itu sanggup menghina Presiden sendiri dan golongan ulama yang menentang rancangan Anwar.

Kemungkinan Azmin menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Khalid Ibrahim.

Namun semua ini terpulang kepada Azmin sekiranya beliau sanggup direjam dengan lembing yang dipegang semasa upacara angkat sumpah jawatan menteri besar, jadilah boneka Anwar atau pihak tertentu dengan melanggar bai'ah yang dilafazkan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger