Home » , , » VIDEO : “Dia Orang Tak Nak Saya Dah… ” – Khalid Ibrahim

VIDEO : “Dia Orang Tak Nak Saya Dah… ” – Khalid Ibrahim

Written By Unknown on 26/08/2014 | 10:08 pm


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keinginan beliau meletakkan jawatan adalah kerana mereka yang sebelum ini memerlukannya kini tidak memerlukan khidmatnya lagi.

Bercakap dalam sidang media petang tadi, ketika ditanya wartawan apakah yang mendorong meletakkan jawatan, Abdul Khalid hanya menjawabnya dengan berseloroh.

“Dia orang tak nak saya dah,” katanya disambut ketawa orang ramai yang hadir pada sidang media itu.

Ketika ditanya adakah beliau bersedia menerima jawatan Menteri Besar sekiranya ditawarkan sekali lagi oleh parti dalam Pakatan Rakyat (PR), Abdul Khalid berkata tidak dan beliau lega kini sudah dilepaskan dari tugas itu.


“Tidak, tidak, saya gembira kerana kini saya sudah dilepaskan dari tugas itu,” katanya.

Abdul Khalid mengadakan sidang media berkenaan selepas menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di Shah Alam pada pukul 2.30 petang tadi.

Pada pertemuan dengan baginda, Abdul Khalid telah memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar tetapi Sultan meminta beliau menangguhkan peletakan jawatan sehingga Menteri Besar yang baru ditentukan.

Selepas pertemuan itu juga, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) memberikan sekurang-kurangnya dua nama untuk dipertimbangkan baginda untuk dilantik sebagai Menteri Besar. – MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger