Home » » Terkini Konkrit Runtuh : Mayat Pertama Berjaya Di Keluarkan

Terkini Konkrit Runtuh : Mayat Pertama Berjaya Di Keluarkan

Written By Unknown on 19/08/2014 | 10:06 am



KUALA LUMPUR: Mayat pertama daripada tiga mangsa yang tertimbus di bawahruntuhan konkrit pembinaan projek landasan MRT berjaya dikeluarkan.

Mayat mangsa dikenali Mohamad Faruk Khan pada pukul 2.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku kira kira pukul 8.30 malam semalam ketika mangsa berada di atas span konkrit yang sedang dipindahkan.

Span seberat 300 tan itu tiba-tiba jatuh dan kesemua mangsa jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap mereka.

Tiga jentera bersama 30 anggota bomba dari Sungai Buloh, Taman Tun Dr. Ismail dan Damansara dikejarkan ke tempat kejadian.

Pasukan penyelamat kini masih menumpukan usaha bagi mengeluarkan dua lagi mangsa yang tertimbus.

Struktur span bagi membina landasan MRT terdiri daripada 14 blok konkrit.


 - Astro Awani
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger