Home » » Terkini; Foto Gadis Telanjang Jatuh Dari Tingkat 7 & Masih Hidup

Terkini; Foto Gadis Telanjang Jatuh Dari Tingkat 7 & Masih Hidup

Written By Unknown on 20/08/2014 | 12:14 pm


Berpantang maut sebelum ajal.. itulah yang boleh dikatakan terhadap nasib seorang gadis yang masih hidup selepas jatuh dari flat tingkat 7, Bukit Panjang, Singapura pagi semalam.

Tanpa diketahui sebab jatuh, gadis berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan telanjang bulat dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh penduduk di koridor pejalan kaki.

Penduduk yang prihatin kemudiannya menutup tubuh gadis tersebut dengan kain sementara menanti ambulan tiba.

Difahamkan, gadis tersebut adalah anggota keluarga Chen dan tinggal di flat berkenaan bersama ibu bapa dan abangnya yang berusia 21 tahun.


Abangnya yang berada di rumah ketika kejadian tidak menyedari apa yang berlaku kerana sedang tidur dan hanya tahu selepas pintu rumah diketuk oleh polis.

Dia mendakwa adiknya tidak mempunyai masalah dengan keluarga.

Sementara itu jiran-jiran menyifatkan gadis tersebut seorang yang cantik dan sering dilihat joging di sekitar kawasan flat tersebut.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Khoo Teck Puat. - MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger