Home » , » Sultan Selangor Bagi Masa Seminggu Untuk Serah Nama

Sultan Selangor Bagi Masa Seminggu Untuk Serah Nama

Written By Unknown on 27/08/2014 | 10:03 pm



Istana Selangor memberi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tempoh seminggu bagi mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan menteri besar, kata setiausaha sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.

Beliau berkata, surat itu dihantar kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Mereka perlu membalas sebelum 3 September.

PKR dan DAP sebelum ini mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Dr Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada Ogos 14, 29 Adun termasuk dua daripada PAS menandatangani akuan bersumpah yang menyatakan sokongan terhadap Dr Wan Azizah.


PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 17 Ogos, mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua.

Bagaimanapun pada mesyuarat Majlis Presiden PR pada hari yang sama, Azmin menarik diri daripada pencalonan.

Jawatankuasa Pusat PAS pada Selasa, bagaimanapun, menyerahkan keputusan memilih Menteri Besar yang baru kepada Sultan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger