Home » , » Sukan Bogel Pulau Pinang ; Pas Kesal ?!!

Sukan Bogel Pulau Pinang ; Pas Kesal ?!!

Written By Unknown on 06/08/2014 | 1:07 pm


PULAU PINANG, 6 OGOS: Susulan tersebar secara meluas di media sosial video aksi acara bogel di satu pantai di P.Pinang semalam, Pemuda PAS Pulau Pinang dalam satu sidang media telah tampil menempelak tindakan yang tidak bertamadun itu.

Menerusi Sertiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam kenyataannya kepada media berkata bahawa pihak PAS khususnya di P.Pinang berasa amat kesal dengan apa yang dilakukan oleh sekumpulan individu tersebut di mana ianya secara jelas bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Dalam kenyataan itu, Afnan turut berkata bahawa apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mencemar nama baik Malaysia dan juga negeri P.Pinang khususnya di kalangan negara Islam kerana video tersebut kini mula mendapat perhatian dari masyarakat dunia.

"Penyebaran video tersebut telah menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan. Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini," ujar beliau kepada media.

Dalam pada masa yang sama, Afnan yang mewakili PAS negeri menggesa pihak kerajaan negeri, pihak Majlis Perbandaran P.Pinang dan lain-lain dapat bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku acara tersebut agar ianya tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada rakyatyang lain.

"Pemuda PAS mendesak supaya pihak Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak-pihak berwajib lain menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur agar menjadi pengajaran kepada rakyat yang lain." tambah beliau lagi.

Afna dalam kenyataan itu turut mendedahkan bahawa pihak yang sama telah merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5 Disember 2014 nanti di negeri ini.

Sementara itu, Perkasa Pulau Pinang diketuai oleh Mohd Rizuad Mohd Azudin semalam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini dan mahukan tindakan tegas diambil jika ianya libatkan pelancong luar.

"Jika benar mereka bukan warganegara Malaysia, Perkasa mendesak pihak berkuasa menyenarai hitam individu terlibat daripada memasuki negara ini pada masa depan supaya perkara jijik sedemikian tidak berulang," ujar beliau di sini.-UtaraNews.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger