Home » » Subang Jaya : Pelajar Sekolah Berani Mati

Subang Jaya : Pelajar Sekolah Berani Mati

Written By Unknown on 04/08/2014 | 9:46 am



Aakj: Adun DAP semua tidooo dan suka reka alasan !!! tuuuiHH !!

SUBANG JAYA - Berani mati! Ratusan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ23 berdepan risiko kemalangan setiap hari apabila terpaksa melintas jalan utama yang sibuk untuk berulang alik pergi dan pulang ke sekolah.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Grace Ho berkata, kira-kira 70 peratus daripada pelajar sekolah itu adalah dari Kampung Tengah, Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Kenangan.

Menurutnya, untuk ke sekolah, pelajar terbabit terpaksa menyeberangi laluan utama yang menghubungkan kampung berkenaan dengan Putra Heights.

"Sebelum ini, sikap pemandu kenderaan yang memandu laju menyebabkan dua pelajar pernah dirempuh dan mengalami kecederaan parah ketika melintas di laluan tersebut, tahun lalu.

“Setiap hari kira-kira 700 pelajar ini terpaksa membahayakan nyawa mereka kerana tiada lintasan pejalan kaki atau jejantas yang boleh digunakan untuk memudahkan mereka.

“Kewujudan lampu isyarat juga tidak membantu menyebabkan pelajar terpaksa berlari untuk melintas jalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Grace berkata, pihaknya mencadangkan supaya sebuah jejantas dibina dan permohonan tersebut beberapa kali sudah diajukan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Sehingga kini katanya, tiada maklum balas positif diterima. Ibu bapa pula kerap bertanya bila jejantas akan dibina.

“Saya harap sangat pembinaan jejantas disegerakan demi keselamatan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Adun Kinrara, Ng Sze Han berkata, pihaknya dalam proses mengenal pasti kemudahan yang diperlukan di lokasi tersebut.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger