Home » , » Sidang Media Khalid Selepas Mengadap Sultan Selangor

Sidang Media Khalid Selepas Mengadap Sultan Selangor

Written By Unknown on 26/08/2014 | 4:13 pm


Photo


Khalid Ibrahim tiba di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini bagi mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan masa depan pimpinan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor itu tiba di perkarangan istana tepat jam 2.19 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung langkah seterusnya selepas kehilangan sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Khalid ketika ditemui media semalam berkata akan mengadap Sultan Selangor pada hari ini selepas Presiden PKR Wan Azizah membuktikan beliau memperoleh sokongan majoriti Adun Selangor termasuk dua Adun PAS.

Sultan Selangor sebelum berangkat ke luar negara menitahkan Khalid tidak membuat sebarang kenyataan berhubung statusnya sebagai menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air.

Kenyataan rasmi dari Khalid jam 5pm ni insyaAllah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger