Home » » Sepang : Foto 12 Tahun Ternak Lembu Bawah Jambatan

Sepang : Foto 12 Tahun Ternak Lembu Bawah Jambatan

Written By Unknown on 02/08/2014 | 7:03 pm



Keadaan kandang Siva yang berbumbungkan konkrit laluan lebuh raya.


SEPANG – "Bila-bila masa saja saya boleh kena halau,” kata penternak lembu V Siva, 33, menyuarakan nasibnya yang menumpang tanah di bawah lebuh raya berdekatan Putra Perdana dekat sini untuk menjalankan aktiviti penternakan lembu.

Ketiadaan tanah sendiri memaksa Siva menyambung pekerjaan warisan keluarga di bawah lebuh raya dengan serba kekurangan tanpa kemudahan air dan elektrik.

Dakwanya dia mula menternak lembu sejak 12 tahun lalu.

Bukan tiada niat hendak memiliki tanah sendiri khusus untuk meletakkan lembu peliharaannya, namun kekangan kos kewangan meleburkan hasratnya.

Akibatnya haiwan ternakan itu terpaksa berbumbungkan konkrit lebuh raya dan berlantaikan tanah dengan sumber bekalan air lombong.

“Hendak buat pinjaman wang apatah lagi ingin mengembangkan perniagaan ini pun sukar kerana dengan keadaan kandang seperti ini tidak dapat memberi jaminan kepercayaan kepada mana-mana institusi perbankan.

“Saya pernah dapat notis daripada pihak konsesi lebuhraya supaya berpindah, tapi tiada pilihan selain terpaksa meneruskan aktiviti di sini kerana tempat lain akan mengganggu ketenteraman orang ramai,” katanya.

Justeru, dia memohon pihak kerajaan prihatin dan menyediakan tanah untuknya menjalankan aktiviti ternakan dengan lebih selesa tanpa perasaan bimbang dihalau pada bila-bila masa.

sinarharian
Share this article :

+ comments + 1 comments

8/02/2014 9:06 pm

Klu melayu yg bt dah lama mena saman ni!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger