Home » , » Pulau Pinang : Jijik, 8 Kilang Makanan Di Tutup

Pulau Pinang : Jijik, 8 Kilang Makanan Di Tutup

Written By Unknown on 30/08/2014 | 10:18 am


keadaan sebuah kilang memproses fucuk di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang diserbu kelmarin kerana didapati kotor dan tidak mematuhi prosedur operasi standard.


GEORGE TOWN - Lapan buah kilang memproses makanan di negeri ini diarah tutup selama 14 hari bermula kelmarin selepas Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mendapati premis berkenaan kotor serta dalam keadaan menjijikkan sekali gus melanggar prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Kualiti Makanan) negeri, Ku Nafisah Ku Ariffin berkata, kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kilang berkenaan dikesan selepas pihaknya menjalankan operasi serentak terhadap 26 kilang makanan di kesemua lima daerah kelmarin.

Jelasnya, kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kilang berkenaan dianggap serius kerana ia melibatkan tahap kebersihan dan keselamatan produk yang dihasilkan.




kosmo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger