Home » , , » Penyebar Berita Diburu : Berita 7 Kanak-Kanak Ditetak Di Pandamaran Adalah PALSU !!

Penyebar Berita Diburu : Berita 7 Kanak-Kanak Ditetak Di Pandamaran Adalah PALSU !!

Written By Unknown on 02/08/2014 | 10:51 am




SHAH ALAM: Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam.

“Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu.

Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.“Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber.

Dalam kes lain, Abdul Rahim berkata pihak polis menemui semula 12 gelung tembaga bernilai RM1.7 juta milik sebuah syarikat yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Beliau berkata tembaga itu ditemui dalam sebuah lori di kawasan Sunway Kayangan di sini.“Siasatan mendapati dua lori dilarikan suspek namun sebuah ditinggalkan berikutan keadaan lori yang mungkin bermasalah.


“Pemeriksaan lanjut mendapati pengawal keselamatan di kawasan itu telah diikat sebelum suspek melarikan diri,” katanya.Beliau berkata lima suspek disyaki melakukan kes berkenaan. ~fmt



Aakj: Siapa yang sebar berita ?

Pengakuan Pelajar Politeknik Jitra, Terpaksa Meliwat Pondan !!
http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/?m=1

Selamat Pagi Dato/Tuan, 

LAPORAN POLIS BERKAITAN INSIDEN SERANGAN INDIA TERHADAP SABAH DI CYBER CAFE VITAL NET, BAYU PERDANA, KLANG . 

Pada 01 Ogos 2014, antara jam 1600 hingga 2100, sebyk 3 laporan polis telah dibuat di balai klang iaitu Klang Rpt 26508/14, 26533/14 dan 26536/14 . 

2. BUTIR – BUTIR LAPORAN POLIS .

i) No. laporan polis : klang 26533/14 .
Tarikh & masa : 01 ogos 2014 & 2053 hrs
Pengadu : Muhammad Ali bin Zakariah .
No. kpt : 750806105489 .
alamat : no 7, jalan selampit 29 Taman Klang Jaya, Klang.
no. telefon : 012-2333524 .
Pekerjaan : berniaga .
Jawatan : Pengerusi Gerakan Belia 4B Kota Raja.
Peg. penyiasat : Insp. Lim Ah Seng .
Klasifikasi kes : sek 4 (1) Akta Hasutan 1948.

3. RINGKASAN LAPORAN.

Pada 1 Ogos 2014 jam 0420 semasa pengadu berada di rumah di alamat seperti diatas telah terbaca akaun facebook oleh -lu langsi lu mati bn vs pr (ratu naga)- yang menceritakan malam tadi india potong 6 orang melayu (tabligh) di pandamaran klang balik dari tahfiz . umur mangsa 5 tahun sehingga belasan tahun. sila panjangkan---fb tersebut beserta dengan gambar mangsa yang cedera . 

Pengadu sebagai pengerusi gerakan belia 4b parlimen kota raja mewakili ahli-ahli merasakan bahawa berita ini adalah tidak benar dan palsu dimana isu ini boleh menimbulkan konflik dan pergaduhan. Pengadu mengesa pihak polis membuat siasatan lanjut berhubung sebaran fb tersebut .


ii) No. laporan polis : Klang 26508/14 .
Tarikh & masa : 01 Ogos 2014 & 1803hrs
Pengadu : Abdul Rahim bin Hj.Ibrahim .
No. kpt : 590203105535 .
Alamat : Lot 4196 Jln Sungai Udang Simpang 4 Teluk Pulai Klang Selangor .
No. telefon : 012-4614444 .
Pekerjaan : peniaga .
Jawatan : Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Klang.
Peg. Penyiasat : Insp.Lim Ah Seng .
Klasifikasi Kes : Sek 4 (1) Akta Hasutan 1948 .

4. RINGKASAN LAPORAN.

Pada 1 Ogos 2014 jam 0420 semasa pengadu berada di rumah di alamat seperti diatas telah terbaca akaun fb oleh -lu langsi lu mati bn vs pr (ratu naga)- yang menceritakan malam tadi india potong 6 orang melayu (tabligh) di pandamaran klang balik dari tahfiz . Umur mangsa 5 tahun sehingga belasan tahun. sila panjangkan---fb tersebut beserta dgn gambar mangsa yg cedera. Pengadu yg merupakan pengerusi persatuan kebajikan melayu klang mewakili ahli-ahli merasakan bahawa berita ini adalah tidak benar dan palsu dimana isu ini boleh menimbulkan konflik dan pergaduhan. Pengadu mengesa pihak polis membuat siasatan lanjut berhubung sebaran fb tersebut .

iii) No. Laporan Polis: Klang /26536/14 .
tarikh & masa : 01 ogos 2014 & 2123 hrs .
Pengadu : Muhamad Hafizi bin Muhamad Khair.
No. kpt : 880607295035 .
Alamat : No 411 Tingkat 4 blok 28 Jalan Selayang 27/27A Taman Bunga Negara Sek 27 Shah Alam Selangor.
No. Telefon : 012-6205230 .
Pekerjaan : Pemandu syarikat .
Peg. penyiasat : Insp. Azwan .
klasifikasi kes : masih dalam siasatan  .

5. RINGKASAN LAPORAN.

Pada 01 Ogos 2014 lebih kurang jam 2000, semasa pengadu berada di Giant Bukit Tinggi Klang, pengadu telah mendapat tahu dari rakan mengenai ada orang lain telah menyalahgunakan akaun facebooknya dgn menggunakan nama akaun pengadu iaitu kekanda fizi . 

Apabila pengadu memeriksa akaun tersebut, dapati nama yg dipaparkan adalah sama dgn akaun pengadu dan gambar profile juga adalah milik pengadu. Pengadu juga dapati di ruangan facebook akaun tersebut pada ruangan persatuan kongsi gelap melayu telah tertulis - "paria diraja malaysia, anak haram, pengkhianat melayu, bangkai ketua polis selangor..." . kesemua ayat yang di hantar (post) tersebut bukanlah milik pengadu dan pengadu tidak tahu siapa pemilik akaun tersebut. Pengadu tidak berpuas hati dgn pemilik akaun tesbt kerana telah menyalahgunakan nama akaun dan gambar milik pengadu dgn memburukkan nama imej pasukan pdrm dan ketua polis selangor. Pengadu menafikan akaun tersebut bukan milik pengadu dan tidak akan bertgjawab jika pemilik akaun tersebut hantar (post) dgn memuat turun sesuatu yg salah di masa akan datang. Pengadu juga mahu merujuk dgn Skmm untuk tindakan susulan berkenaan akaun tersebut .

6. SIASATAN CAWANGAN KHAS .

Siasatan C/Khas mendapati laporan polis oleh pengadu pertama dan pengadu kedua adalah berhubung penyebaran berkaitan seorang budak melayu berumur 5 tahun di cederakan dalam insiden serangan oleh sekumpulan lelaki india terhadap kaum sabah . kedua-dua pengadu membuat laporan polis kerana mengetahui maklumat dalam facebook tersebut adalah palsu dan meminta pihak polis mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang konflik antara kaum . 

Bagi laporan polis ketiga pengadu didapati tidak berpuas hati terhadap akaun facebooknya yg digunakan oleh orang lain dgn mengutuk pucuk pimpinan pdrm dan juga menyelitkan maklumat palsu berhubung mangsa dalam insiden serangan tersebut .   

ULASAN .

7. Insiden serangan kumpulan lelaki india terhadap lelaki kaum sabah di lihat terus mencetuskan rasa tidak puas hati dari kalangan pelbagai pihak Pengadu-pengadu dalam 3 laporan polis yg dinyatakan di atas berkehendakan pihak polis mengambil tindakan segera bagi mengelakkan insiden ini menimbulkan konflik. Selain itu penyebaran mengenai insiden ini dalam laman sosial facebook juga telah menyebabkan insiden ini disebarkan secara meluas di kalangan masyarakat umum. Walaupun sehingga kini insiden ini masih di bawah kawalan pihak berkuasa namun tindakan pihak-pihak yg tidak bertanggungjawab memperbesarkan isu ini boleh memberikan kesan yang lebih buruk dalam perpaduan antara kaum. Makluman.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger