Home » , » Penemuan Baru : "Dadah Digital" !!

Penemuan Baru : "Dadah Digital" !!

Written By Unknown on 29/08/2014 | 8:07 am


Menurut akhbar tersebut ada syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat menjualdadah digital dalam talian.Syarikat yang dikenali sebagai I-Doser telah menyediakan perkhidmatan muat turun secara percuma dan berbayar kepada pengguna sejak 2007 lagi.

Sebut tentang dadah digital memang tidak akan lari membincangkan soal gangguan otak.Secara umumnya boleh saya katakan dadah digital sama bahaya dengan dadah sebenar.Sebab serangan dadah ini menumpukan kepada otak.Rangsangan otak menggunakan dadah mengganggu sistem otak itu sendiri.Tidak keterlaluan dikatakan orang normal akan menjadi paranormal.

Dadah digital berlaku dengan menggunakan konsep stimulasi rentak binaural.Dalam rentak binaural otak kita akan direndahkan frekuensi gelombang pada tahap Alpha.Semasa gelombang ini berlaku saranan seperti kesan morfin,kokain atau heroin masuk ke dalam minda separa sedar manusia.

Modes operandi dadah digital ini sangat mudah.Ia boleh dimuat turun ke dalam komputer dan telefon bimbit.Selepas itu pengguna akan mendengar muzik yang disertakan saranan dadah digital melalui fon telinga.Frekuensi yang disertakan adalah 300Hz disebelah kanan dan 310Hz disebelah kiri.


Apakah maksud rentak binaural?

Rentak binaural ialah penghasilan dua frekuensi yang berbeza untuk didengari oleh telinga.Alat seperti fon telinga boleh digunakan.Pada sebelah kanan dihasilkan frekuensi 300Hz manakala sebelah kiri pula menggunakan frekuensi 310Hz.Lebihan 10Hz ini akan memasuki minda separa sedar.

Mendengar rentak binaural dalam mempengaruhi minda bawah sedar.Sebab itu rentak binaural amat sesuai dalam proses hipnosis.Perlu juga saya ingatkan bahawa tindakan ini perlu disusuli dengan perasaan yakin.Jika tidak semua perkara akan menjadi sia-sia.

Rentak binaural akan menukar corak gelombang otak dan mengubah cara ia bekerja.Frekuensi yang dihasilkan dari rentak binaural menyebabkan tindak balas otak untuk memberi isyarat kepada badan dalam menghasilkan Serotonin,Endorfin dan HGH.

Bahan kimia ini membolehkan minda dan badan dalam keadaan amat tenang dan relaks.Dalam masa yang sama minda akan menghasilkan kesan hebat kepada cara berfikir jika dikenakan rangsangan dari luar.Lebih tepatnya saranan arahan dari pengamal hipnosis.Tak kira buat ke atas klien atau diri sendiri.

Mari kita lihat sekali lagi bagaimana frekuensi gelombang otak yang boleh memberi rasa relaks dan tenang kepada badan manusia:

1.Delta

Frekuensi gelombang ini amat rendah iaitu 0.5Hz sehingga 3Hz.Manusia biasanya dalam keadaan tidur.

2.Theta

Gelombang pada ketika ini adalah antara 4Hz sehingga 7Hz.Jika seseorang itu rajin buat meditasi amat mudah untuk berada dalam keadaan Theta.Dia akan lebih khusus dan seakan – akan bermimpi.

3.Alpha

Manusia dalam gelombang ini akan bermeditasi dan dalam khayalan.Jika senang nak faham anggap sahaja anda tengah mengelamun.Gelombang yang diperlukan ialah 8Hz sehingga 13Hz.Sebab itu rentak binaural dapat memasuki minda separa sedar jika penghasilan gelombang sekitar 10Hz.

4.Beta

Kita sedar dan aktif berfikir menyebabkan gelombang otak berada dalam 14Hz.Minda sedar berfungsi sepenuhnya dan minda separa sedar digunakan pada tahap minimum.Pada masa ini proses berfikir secara logik,anatikal dan sebagainya.



Kesimpulan,

Dengan penggunaan rentak binaural otak manusia boleh direndahkan tahap frekuensinya sehingga apa juga skrip dan saranan masuk tanpa tapisan.Itulah proses hipnosis yang biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja.Syaratnya mereka yakin dan setuju untuk dilakukan hipnosis.


-panduanhipnosis


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger