Pakar: MB tiada kuasa pecat exco9:29PM Aug 12, 2014
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk memecat anggota exco dengan serta-merta, kata profesor undang-undang Gurdial Singh Nijar.
Menurutnya, ini kerana exco memegang jawatan berdasarkan perkenan sultan Selangor seperti termaktub dalam Perkara 53(7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Pertama, hanya sultan boleh memecat exco. Menteri besar boleh mencadang, tetapi cadangan itu mungkin boleh diterima atau pun ditolak.
"Justeru, pemecatan serta-merta tidak sah di sisi undang-undang," katanya.
Gurdial merujuk kepada pengumuman Khalid hari ini yang beliau memecat enam orang anggota exco dari PKR dan DAP - menyebabkan kerajaan Selangor kini berbaki hanya empat orang exco daripada PAS.
Khalid semalam berkata perlembagaan negeri menetapkan keperluan minimum empat orang exco sahaja untuk memastikan kerajaan negeri kekal.
Namun, tindakannya hari ini menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat bukan lagi kerajaan negeri di Selangor.
Aakj : Mereka lupa Khalid dah mohon perkenan Sultan..tu sebab berani umum pecat!!
+ comments + 1 comments
Gurdial Singh bodoh... Khalid dah jlnkan process dahulu baharu action... Bukan mcm Nuar action dulu baru process hahaha siapa political genius sebenarnya? Nuar or Khalid? Kekeke
Post a Comment