Home » , » Muka Anjing Pakatan Haram Yang Hina Sultan Selangor, Menikus Macam Babi Di Balai Polis

Muka Anjing Pakatan Haram Yang Hina Sultan Selangor, Menikus Macam Babi Di Balai Polis

Written By Unknown on 29/08/2014 | 7:45 pm

Pemimpin PKR ‘kunci mulut’ semasa disiasat polis kerana persoal percutian Sultan Selangor

Naib Pengerusi PKR Johor Hassan Karim yang dipanggil Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata menghasut terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah di laman Twitternya pada 15 Ogos lalu, "mengunci mulutnya" dengan menggunakan haknya untuk tidak menjawab apa-apa ketika disoal siasat.

Beliau bertemu polis kira-kira jam 2.30 petang itu memberitahu kepada pegawai penyiasat dirinya tidak bersalah kerana mempersoalkan percutian Sultan Selangor ketika negeri dilanda krisis menteri besar baru-baru ini.

"Saya dipanggil hari ini untuk disiasat dan beberapa soalan diajukan kepada saya antaranya menanyakan adakah saya menulis di laman Twitter," katanya kepada pemberita selepas selesai disoal polis di Shah Alam petang ini.

"Namun saya hanya menjawab 'saya gunakan hak saya yang hanya sebagai suspek (belum didakwa bersalah) untuk kekal diam. Dan di akhir pertanyaan juga saya mengaku tidak bersalah dan selebihnya saya guna alasan kekal diam," katanya.

Peguam Hassan, Mohd Radzlan Jalaluddin berkata anak guamnya disiasat mengikut Akta Hasutan 4(1) 1948.

"Setakat ini belum ada surat tangkapan atau dakwaan apa-apa pun kita masih menunggu bon jaminan untuk melepaskan beliau," katanya.

Hassan sebelum ini menimbulkan kemarahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa berhubung kritikan terhadap Sultan Selangor hingga laporan polis dibuat.

"Kerajaan (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim di Selangor sekarang kerajaan haram; Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram. Sultan jenis apa dia ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri.

"Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yang lalu. Khalid pun begitu. Kena baca penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar v Zambry," kata Hassan melalui akaun Twitternya @hakarim51 pada 15 Ogos lalu.

Kira-kira sejam kemudian, bekas presiden Parti Rakyat Malaysia itu keluar dari balai polis dan memberitahu pemberita beliau dilepaskan tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

"Tidak ada bayaran dikenakan," katanya tersenyum sambil memegang kertas jaminan tersebut.

Mohd Radzlan berkata pendakwaan akan diketahui apabila pihak polis selesai dengan kertas siasatan.

"Hassan dilepaskan tanpa dikenakan bayaran polis hanya suruh kita tunggu sehingga siasatan selesai dan barulah kita tahu ada pendakwaan atau tidak," kata Mohd Radzlan.

Ini bukan pertama kali pemimpin PKR dikenakan Akta Hasutan pada minggu ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR N Surendran, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga turut menerima nasib sama.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya semalam menyifatkan situasi tersebut bermulanya era pemerintahan kuku besi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim berkata, penangkapan dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan PR, termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri menjelang sambutan Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik negara.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) jika wakil rakyat PR didapati bersalah dan hilang kelayakan mereka.
Share this article :

+ comments + 1 comments

8/30/2014 3:20 am

memang macam Babi..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger