Home » » MH17 Terkini : Mayat Pertama Rakyat Malaysia Dikenalpasti

MH17 Terkini : Mayat Pertama Rakyat Malaysia Dikenalpasti

Written By Unknown on 08/08/2014 | 11:44 am



PETALING JAYA: Tiga minggu selepas pesawat MH17 ditembak jatuh, identiti seorang rakyat Malaysia berjaya dikenalpasti, menurut sumber.

Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang berjaya dikenalpasti oleh pakar forensik di Belanda.

Alumni Universiti Melbourne berkata identiti mangsa berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua dan empat hari lalu.

Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini.

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.
Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai. -MySuara.Net
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger