Home » » Melaka : Bakar Bendera Israel Di Majlis Kahwin

Melaka : Bakar Bendera Israel Di Majlis Kahwin

Written By Azmy Klanajaya on 03/08/2014 | 1:26 pm

JASIN – Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya berkerjaya sebagai arkitek, bertindak melakukan perkara itu kerana amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Mohd Hilmi berkata, sebagai seorang Islam, secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kami kesal dan berasa sedih apabila melihat kekejaman ini dan seluruh umat Islam perlu membantah sekeras-kerasnya mengeji tindakan Israel,” katanya.

Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes memijak bendera Israel namun, selayaknya Israel mendapat penghinaan.

“Selayaknya mereka dihina dan tidak sepatutnya menzalimi orang ternyata tidak bersalah,” katanya.

Pada majlis persandingan kira-kira jam 2 petang semalam, kedua-dua pasangan mempelai itu berarak memasuki halaman kediaman di Kampung Umbai sebelum memijak dan membakar bendera Israel.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman itu untuk dipijak hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis.

Tindakan memijak bendera sebagai simbolik menjelaskan Israel hanya layak diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan rasa marah terhadap kekejaman rejim terbabit. Sinarharian

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger