Home » » McD Tidak Salurkan Keuntungannya Sokong Israel

McD Tidak Salurkan Keuntungannya Sokong Israel

Written By Unknown on 08/08/2014 | 5:02 pm

McDonald’s Malaysia melahirkan kekesalan kerana produk itu menjadi sasaran boikot segelintir rakyat Malaysia sebagai tanda bantahan ke atas kekejaman tentera Israel ke atas rakyat Palestin.

McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media mendakwa, perbuatan memboikot McDonald’s Malaysia tidak adil kerana McDonald Malaysia tidak menyalurkan keuntungan atau yuran francais dari restorannya untuk menyokong mana-mana konflik politik di dunia ini.

“Kami kecewa McDonald’s Malaysia telah dijadikan sasaran secara tidak adil. Kami menyeru rakyat Malaysia bertenang dan mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh memudaratkan mana-mana pihak.

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa McDonald Malaysia tidak menyokong konflik di Timur Tengah. Seperti semua rakyat Malaysia, kami bersimpati ke atas mangsa-mangsa yang tidak bersalah di Gaza,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, McDonald’s Malaysia secara konsisten dan telus berkomunikasi tentang perkara itu kepada umum, tetapi malangnya maklumat itu telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu.

Akibatnya, kata kenyataan itu, pekerja McDonald’s Malaysia yang rata-rata mereka rakyat Malaysia kini berhadapan gangguan dan ancaman secara lisan

Dakwa kenyataan itu, beberapa restoran McDonald’s Malaysia turut berhadapan tindakan vandalisme hingga terpaksa dihentikan operasi sementara.

“Realitinya adalah pekerja kami tidak melakukan apa-apa yang salah dan adalah sangat tidak adil mereka menjadi sasaran.

“Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan kami berkongsi matlamat yang sama. Marilah kita terus berdoa untuk keamanan di Gaza,” kata kenyataan itu. – mynewshub.my

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger