Home » » Kuala Muda : Foto Lelaki Di Tahan Bersama Mesingan, Ratusan Peluru & Dadah Heroin

Kuala Muda : Foto Lelaki Di Tahan Bersama Mesingan, Ratusan Peluru & Dadah Heroin

Written By Unknown on 30/08/2014 | 12:07 pm



Polis merampas sepucuk sub mesingan jenis Uzi, ratusan butir peluru serta lapan peket heroin selepas menahan seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam , anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya.

“Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas.

“Suspek kemudian ditahan polis di Jalan Badlishah berhadapan IPD Kuala Muda.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger