Home » » Khalid Bertegas Pimpin Selangor & Bersedia Bubar Dun

Khalid Bertegas Pimpin Selangor & Bersedia Bubar Dun

Written By Unknown on 17/08/2014 | 2:33 pm



KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2014
SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Aakj; bubar Dun adalah cadangan majoriti Rakyat Selangor !!

Foto hiasan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger