Home » , » Data & Maklumat Pelanggan Astro Kemungkinan Besar Terdedah Kepada Israel?!!

Data & Maklumat Pelanggan Astro Kemungkinan Besar Terdedah Kepada Israel?!!

Written By Unknown on 06/08/2014 | 7:00 am


Dari portal mykmu ;

Kolum Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia menulis panjang lebar mengenai boikot terhadap barangan berkaitan Israel. Malangnya, Utusan lebih berminat mengulas isu McDonald dan produk lain yang dikaitkan secara TIDAK LANGSUNG berbanding pengakuan ASTRO memberi kontrak kepada AMDOCS.

Pendedahan bahawa data dan maklumat rakyat Malaysia yang menjadi pelanggan Astro kemungkinan besar terdedah kepada Israel kerana nadi syarikat ini masih di negara tersebut

 [lihat: laporan MYKMU bertajuk, “Siasat Pengkhianatan Astro, Data Rakyat Malaysia Milik Israel”] langsung tidak disentuh oleh akhbar terkemuka negara ini.

Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah AMDOCS, Dr Giora Yaron, merupakan Lembaga Penasihat kepada bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Tentera Israel yang dikenali sebagai Rafael Advanced Defense Systems dan Kementerian Pertahanan Israel sendiri.

Mengapa Awang Selamat mengabaikan isu ini biarpun ia pernah tersiar dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.

McDonald menafikan memberi sebarang sumbangan kepada Israel. Sebaliknya Astro terang-terangan mengaku memberi kontrak pengurusan pelanggan kepada AMDOCS. Bukan sahaja data, malah ada ahli Lembaga Pengarah AMDOCS merupakan penasihat tentera Israel. Ini bermakna AMDOCS secara tidak langsung terbabit dengan tindakan-tindakan tentera Israel ke atas Palestin sekarang ini.

Namun Utusan merasakan McDonald lebih penting dari tindakan ASTRO yang secara langsung membabitkan syarikat berkaitan Israel dan tentera Israel? Franchaisee McDonald terutamanya Melayu tiada pilihan kerana mereka telah melabur jutaan ringgit. Apatah lagi tiada langsung bukti nyata menyatakan McDonald menyalurkan wang bagi membantu keganasan Israel ke atas Palestin.

Namun sudah jelas dan nyata pembabitan AMDOCS yang sekarang mengaut jutaan ringgit dari ASTRO setiap bulan. Apakah wang ASTRO terlalu besar untuk Utusan?

baca lagi di SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger