Home » , » "Check Mate"- Khalid Hanya Satu Saja Langkah

"Check Mate"- Khalid Hanya Satu Saja Langkah

Written By Unknown on 17/08/2014 | 12:14 am


SELEPAS 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan sokongan buat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini hanya tinggal 'pencaturan terakhir' untuk mengekalkan jawatan iaitu membubarkan dewan.

China Press dalam satu analisis melaporkan, Abdul Khalid telah menampakkan keengganan melepaskan jawatan apabila beliau menyatakan dalam Twitter bahawa sokongan majoriti terhadap Wan Azizah perlu dibuktikan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Secara asasnya, keengganan Abdul Khalid berundur adalah kerana beliau telah mendapat perkenan Sultan.

"Semasa menghadap Sultan, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dalam DUN Selangor.

"Namun kelebihan Abdul Khalid terhakis apabila sebanyak 30 ADUN menyatakan tidak lagi menyokong beliau."
-
Selepas Wan Azizah mendapat sokongan majoriti, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah memohon dengan Istana bagi menghadap Sultan dan cuba mendapat perkenan supaya calon dengan sokongan majoriti dilantik sebagai Menteri Besar.

Sultan bagaimanapun tidak berada dalam negara dan hanya akan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini.

Spekulasi yang bertiup sekarang ialah Abdul Khalid yang menyedari perkembangan yang tidak berpihak kepadanya akan menghadap Sultan lebih awal dan memohon pembubaran DUN.

Menurut China Press, keputusan Sultan mencuri tumpuan kerana dua senario boleh diwujudkan.

Pertama ialah pembubaran DUN dan kedua ialah titah Sultan supaya Abdul Khalid yang kehilangan sokongan majoriti untuk meletak jawatan, seumpama apa yang berlaku di Perak pada 2009. 


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger