Home » , » Calon Terbaru Menteri Besar Selangor : Isu Hudud Isu Remeh?

Calon Terbaru Menteri Besar Selangor : Isu Hudud Isu Remeh?

Written By Unknown on 27/08/2014 | 12:02 pm


PKR dan DAP mungkin mahu Presiden PKD Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon mereka untuk menteri besar Selangor tetapi keyakinan semakin meningkat ketua Pemuda PKR yang baru terpilih Nik Nazmi Nik Ahmad bakal menjadi pilihan untuk memegang jawatan itu selepas Sultan Selangor meminta lebih dua nama untuk memudahkan baginda membuat pilihan.

Menurut sumber PKR, nama Nik Nazmi mula disebut sebagai calon ketiga selepas Dr Wan Azizah Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebelum keputusan akhir pemilihan Pemuda diumumkan baru-baru ini.

"Nik Nazmi sekarang orang yang paling kanan dalam PKR selepas selepas menang jawatan ketua Pemuda baru-baru ini. Jadi amatlah wajar beliau dipilih sebagai calon ketiga itu," kata sumber itu.

Nik Nazmi, 32, adalah timbalan speaker yang juga Adun Seri Setia. Beliau juga bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum jawatan itu diambil alih oleh Faekah Husin.

Beliau diumumkan sebagai pemenang jawatan ketua Pemuda dalam Kongres PKR baru-baru ini walaupun ketika pengumuman keputusan awal dibuat, nama Adun Batu Caves Amirudin Shaari sentiasa mendahului beliau.

PKR dan DAP malam tadi mengumumkan nama Dr Wan Azizah kekal sebagai calon berdasarkan amalan mereka hanya mencalonkan satu nama selepas surat Sultan yang mahukan mereka menamakan empat nama selepas Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Aakj : jaga kawasan Seri Setia pun GAGAL...tuihhHHH !!


poster hiasan dari google imej
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger