Home » , » Anwar Bernafsu Rakus & Najib Tidak Sabar?

Anwar Bernafsu Rakus & Najib Tidak Sabar?

Written By Unknown on 06/08/2014 | 5:00 pm

Kemenangan Berterusan Najib Razak. 

2014-08-05 ( Selasa)
By LIM SUE GOAN
Sin Chew Daily / Pandangan
 
Tidak ramai yang menyangkakan bahawa perkembangan politik tanah air akan berkembang seperti ini 15 bulan selepas pilihanraya umum yang diadakan pada tahun lepas. 
 
Sekali lagi BN dinafikan majoriti 2/3 di dalam parlimen, dan mengalami kekurangan 7 kerusi dari apa yang dimenangi pada tahun 2008. MCA pula hanya berjaya untuk memenangi 7 kerusi walaupun UMNO nampaknya telah berjaya menambah kerusi dari 79 kerusi (PRU-12) kepada 88 kerusi (PRU-13).

Ini adalah pertama kali Mohd Najib telah mengetuai UMNO dan BN dalam pilihanraya sebagai presiden parti. Pakatan memenangi lebih banyak kerusi dari apa yang dimenangi 5 tahun yang lepas. BN pula gagal untuk menawan semula Negeri Selangor dan ini meletakkan tekanan yang hebat kepada presiden gabungan parti politik itu. 

Ada spekulasi yang mengatakan bahawa Najib akan menerima nasib yang sama seperti Perdana Menteri Malaysia yang sebelumnya. 
Para konservatif di dalam parti UMNO telah mempersoalkan kewibawaan Najib sekiranya beliau terus mengetuai parti tersebut di dalam pilihanraya akan datang. 

Mengikut kata pujangga "Politik adalah seni dimana yang mustahil boleh jadi tidak mustahil". Atas kebijaksanaan Datuk Seri Najib menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang melanda, termasuk apa yang sedang berlaku kepada parti pembangkang, beliau telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di dalam parti beliau sendiri. 
Najib bukan bernasib baik tetapi atas kesabaran dan kebijaksanaan beliau, nampaknya beliau berjaya mengubah nasib politiknya sendiri. 
 
Selain dari bersikap diplomatik, kesabaran adalah salah satu karakter hebat yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia. Abdullah telah melepaskan jawatannya apabila kegagalan BN pada pilihanraya 2008, ia mempercepatkan Najib untuk memegang tampuk pemerintahan. Tetapi Naijb telah menunggu dengan sabar, dan berjaya menggantikan Abdullah tanpa menyakiti hati bekas Perdana Menteri tersebut. 

Inilah perbezaan Najib dan Anwar. Anwar telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak sabar untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Najib telah diberi tekanan dari pelbagai pihak di dalam dan di luar partinya. Pertama sekali, apabila Pakatan Rakyat telah telah menjalankan perhimpunan "Blackout" diseluruh negara untuk membantah keputusan PRU-13. 

Seterusnya, apabila parti UMNO melaksanakan format baru dalam pemilihannya pada bulan Oktober yang lepas, ada kerisauan dimana Najib akan dicabar. Najib telah dapat mencapai satu konsesnsus dikalangan orang-orang lama di dalam parti dimana beliau telah memperkenalkan model ekonomi bumiputera. Hasilnya, jentera dan orang-orang Najib berjaya menghadapi pemilihan dengan tenang. 

Selepas itu, Najib telah menganjurkan langkah rasionalisasi, bagi meningkatkan harga minyak pada September yang lepas dan peningkatan tariff elektrik pada awal tahun ini. 

 Najib terpaksa berhati-hati kali ini kerana tekanan yang diterimanya amat berat dan kontroversi agama dalam keadaan genting, namun kebanyakkannya telahpun hilang di dalam perhatian orang awam. Pada Januari tahun ini, bekas Menteri Penerangan Zainudin Maidin secara terbuka telah menyatakan pendapatnya bahawa Tun Mahathir perlu kembali ke Putrajaya. 

Dalam menghadapi tekanan ini, Najib dengan berhati-hati membentangkan agenda pembaharuannya, dan mengekalkan beberapa kerusi kementerian untuk MCA & Gerakan dalam penyusunan mula kabinet pada bulan Jun. 
 
Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum penyusunan semula kabinet. Muhyidin Yassin telah menolak khabar angin ini dan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai salah faham dengan Perdana Menteri. 

Menyelesaikan krisis di Terengganu merupakan satu permulaan, dan tindakan besar yang dilaksanakan oleh Najib adalah semasa krisis MH17 yang ditembak di Timur Ukrain. Ini ditambahkan lagi dengan perpecahan daripada kalangan ahli Pakatan tentang isu MB Selangor. 

Najib telah berjaya menyelesaikan masalah diplomatik dimana tiada kuasa lain di dunia termasuk USA mampu menyelesaikannya. Ini adalah kerana Najib dengan sendirinya telah berjaya mendapatkan mayat para mangsa MH17 dan kotak hitam yang dijumpai di Ukrain tanpa sebarang masalah. 

Perpecahan Pakatan yang telah kehilangan arah nampaknya mengurangkan tekanan dari bahu Najib. Jika keadaan berterusan sebegini, BN tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan 2/3 majoriti pada pilihanraya akan datang. BN hanya perlukan 5%-10% undi kembali kepada mereka. 

 Antara faktor yang baik dapat dilihat adalah apabila sesuatu kecelakaan berlaku dan perkembangan dalam senario global, ianya telah menonjolkan ramai orang-orang yang berkelayakan dan berkaliber di dalam kerajaan. 

 Pada perutusan Hari Raya yang lepas sekali lagi Najib menggunakan slogan "1Malaysia" 27 Julai 2014 yang lalu. Ini menunjukkan bahawa keyakinan beliau semakin bertambah. 

 Pakatan telah terlepas peluang yang besar untuk mengambil inisiatif dalam isu kenaikan harga petrol dan tarif elektrik. Ianya telah gagal untuk menarik perhatian rakyat kerana terlalu banyak isu kontroversi yang melibatkan agama dan perkauman. 

 Pakatan pembangkang telah banyak menghabiskan segala sumber dan masa mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman. Ini memberikan Najib satu kelebihan besar dalam senario politik diantara dua kem politik paling besar di dalam Malaysia. 

--Tamat--

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger