Home » » Akhirnya Wan Azizah Yang Tumbangkan Anwar

Akhirnya Wan Azizah Yang Tumbangkan Anwar

Written By Unknown on 13/08/2014 | 8:39 am

Walaupun sama nama bapa..Ibrahim namun mereka tidak ada hubungan darah sedikitpun.
Macam macam tohmahan yang dilemparkan Anwar terhadap UMNO kononnya UMNO lah yang takpernah letih untuk jatuhkan beliau..kononnya UMNO lah yang selama ini merekayasa filem liwat bersirinya..merekacipta watak yang beliaulah melanggan pelacur dengan mencipta juga watak Datuk Eskay sebagai saksi yang sanggup bersumpah di Masjid bahawa itu memang Anwar.

Bagaikan Anwar punyai kekebalan yang luarbiasa..sedikitpun tidak terjejas moralnya sebagai Ketua Umum partinya sendiri.
Kesanggupan Ulama Pas mengeluarkan kenyataan yang dilihat seakan hadis dan firman juga berjaya menutup segala pekung hanyir Anwar..saat itu penyokong taksubnya melihat Anwar sebagai manusia maksum yang wajib dipercayai.

Walaupun Mahkamah telah jatuhkan hukuman di atas kesalahan meliwat pekerjanya sendiri..Anwar tetap kebal..pengikut taksubnya kekal mengatakan UMNOlah yang reka fitnah ini.
Namun Anwar lupa, manusia merancang dan Allah juga ada perancangannya..malah Allah juga yang menentukan.

Akhirnya..dari mata kasar manusia yang lemah..nampak seperti Anwar menyusun perjalanan mengatur kekuatan membina kekuasaan dengan meletakkan Isteri sebagai barang pajakan..jelas di mata manusia..Anwar menang bergaya dengan Langkah Kajangnya itu..

Hakikatnya..itulah titik mula Langkah Sumbang..Anwar tertipu dengan budak mentah yang baru setahun jagung dalam politik..Pengarah Strategiknya, Rafizi.

Anwar lupa..kalau hebat sangat budak hingusan itu..sudah lama beliau mencipta nama di Petronas.
Langkah Sumbang Anwar memakan diri, ingatkan semua boleh dilembukan, ego yang tebal untuk pertahankan juga Wan Azizah  sebagai satu satunya Calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid memakan dirinya sendiri..

Bala menimpa bila Khalid enggan lepaskan jawatan, Anwar lebih tercungap bila kesemua Exco Dap dan Pkr juga dibuang Khalid tanpa bicara.
Anwar degil kepala batu bila enggan mengambil kira suara Rakyat yang jelas menolak Wan Azizah..jauh sekali ingin melihat kehendak istana..

Sombong bodoh memakan diri..akhirnya.."Wan Azizah" lah yang menumbangkan Anwar dalam gelanggang politik yang mana Anwar ingat beliau boleh jadi juaranya.

Entah apa rahsia dalam kelambu antara Anwar dan
Azizah..hanya Allah saja yang tau.
Khalid hanya manusia biasa..Wan Azizah mungkin rasa beliau akan jadi luarbiasa..
Malu Anwar pada si Khakid bukan malu yang biasa biasa...

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger