"Adun Celaka UMNO" Nyaris Kena Baling Kasut Di Mahkamah
Disebabkan keceluparan mengeluarkan kenyataan “celaka Umno” terhadap beberapa ahli Umno semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer akan didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini.
Sebentar tadi, Adun tersebut ditemani beberapa rakan dari kepimpinan DAP dan juga PKR dilihat tenang ketika memasuki perkarangan makhamah. Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng tiba sedikit lewat dan terus memasuki dan bertemu dengan Rayer dan juga pemimpin lain di hadapan pintu bilik penghakiman.
Keputusan pendakwaan dijangka diketahui sebentar lagi. Suasana sedikit tegang sebentar tadi apabila kehadiran wartawan yang ramai telah menyebabkan sedikit tolak menolak terjadi. Bagaimanapun keadaan masih terkwal.( lanjut menyusul) -UtaraNews.com
Aakj : entahlah..aakj dengar ada yang nak baling kasut...tak jadi?
Post a Comment