Home » » Adakah Anda Tidak Bersedia Terima Pemimpin Wanita? - Anwar

Adakah Anda Tidak Bersedia Terima Pemimpin Wanita? - Anwar

Written By Unknown on 28/08/2014 | 10:56 pm

Photo: Hehhh

Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan haram untuk menamakan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

"Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini.

Ketua umum PKR itu mengulas keputusan PAS semalam untuk mengemukakan lebih dua nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar kepada istana sebagaimana diminta baginda Sultan Selangor.

Langkah PAS bertentangan dengan keputusan Majlis Presiden PR pada 17 Ogos untuk menamakan hanya Dr Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada Selasa, PKR dan DAP berkata mereka bertegas dengan keputusan hanya mencalonkan Dr Wan Azizah, walaupun Sultan Selangor bertitah setiap parti dalam PR mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama kepadanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger