Home » » 2 Lagi Jenazah MH17 Tiba Esok

2 Lagi Jenazah MH17 Tiba Esok

Written By Unknown on 23/08/2014 | 12:55 pm

Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 warga Malaysia – satu beragama Islam dan satu lagi Buddha – dijangka tiba di tanah air esok (Ahad).

Kedua-dua jenazah akan dibawa oleh pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada 12 tengah hari Sabtu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Ahad.

Difahamkan kedua-dua jenazah, yang identitinya belum boleh diumum itu, sudah diletak di dalam keranda dan bekas abu mayat serta dipindah ke Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol.

Pihak Kedutaan Malaysia di sini mengesahkan maklumat itu namun enggan mengulas lanjut.

Setakat ini, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 30 mayat rakyat Malaysia mangsa nahas MH17, termasuk 20 yang sudah dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger