DI Wilayah Hangzhou, China, 32 orang penumpang cedera selepas seorang lelaki bertindak menyalakan bahan bakar di dalam sebuah bas yang sedang bergerak, kelmarin.
Kejadian berlaku sekitar jam lima petang dan keadaan agak sesak pada waktu itu.
Menerusi rakaman kamera pengawasan, suspek pada mulanya dilihat menundukkan badannya dan menuang sesuatu di lantai.
Seorang wanita yang berada di hadapannya menyedari perlakuan itu dan cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, suspek terus menyalakan api sehingga mencetuskan kebakaran.
Dia kini adalah antara pesakit yang turut dirawat di hospital dan mengalami lecur teruk akibat insiden itu.Polis masih lagi menyiasat motif perbuatan suspek.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: english.peopledaily)
Post a Comment