Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang. Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.
Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.
Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.
Tindakan perempuan ni yang terlalu agresif tidak sepatutnya berlaku tambah lagi dengan kata kata kesat. pa yang dikesalkan mengenai Video ini adalah seorang wanita bertudung yang agak keterlaluan terus terpekik menyerang lelaki tadi dengan kata-kata yang agak kasar sememang nya amat memalukan sedangkan lelaki terbabit berkali-kali menyatakan pada nya dan orang ramai yang beliau tidak sengaja.
sumber
Post a Comment