Home » , » Video Aksi Budak Perempuan Palestin, Allahhuakbar !!

Video Aksi Budak Perempuan Palestin, Allahhuakbar !!

Written By Unknown on 13/07/2014 | 9:46 pm


NAMANYA Ahead Tamimi, seorang budak perempuan Palestin baru berusia 10 tahun, cuba membuat provokasi, menumbuk dan memaki hamun tentera Israel kerana terlalu marah yang amat sangat dengan tindakan tentera Zionis ini.



Ketika konflik antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza sedang tegang dan membara. Budak perempuan itu pula dengan tangan kosong tanpa rasa takut menghampiri dan memaki hamun tentera Israel walau tentera tersebut bersenjata lengkap dan boleh membunuhnya bila-bila masa sahaja.




Tamimi berasa terlalu geram dan marah semasa kakaknya ditangkap tentera Israel. Beberapa kali kelihatan dia mengarahkan penumbuknya ke arah tentera Zionis itu.

Untuk menghentikan kemarahan dan jeritan gadis kecil, tentera Israel sempat menembakkan peluru ke tanah. Membuatkan si gadis terdiam sejenak.




Mungkin tentera Israel tidak melakukan sebarang tindakan terhadap gadis kecil ini di sebabkan adanya wartawan disitu. Beberapa wartawan antarabangsa kelihatan sedang membuat liputan di situ.

Untuk pengetahuan semua, tentera Israel sudah biasa membunuh kanak-kanak dan orang-orang tua Palestin tanpa belas kasihan.

LIHAT VIDEO BUDAK PALESTIN YANG BERANI


Oleh: Namialus_2020
Sumber: Youtube / Omar Daraghmeh
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger