Home » » "Saya Tidak Mencuri Duit Sesiapa" - TMJ

"Saya Tidak Mencuri Duit Sesiapa" - TMJ

Written By Unknown on 29/07/2014 | 9:30 pm

"Saya tidak mencuri duit sesiapa," tegas Tunku Mahkota Johor berikutan kritikan-kritikan yang diterimanya sejurus selepas gambar bot laju peribadinya disiarkan oleh laman web rasmi pasukan bolasepak Johor Darul Takzim baru-baru ini.

Gambar yang disiarkan oleh laman sosial terbabit menunjukkan bot laju peribadi dinamakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim "Cigarette Racing Speedboat" dicat dengan warna rasmi merah dan biru pasukan JDT.

Menurut baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), beberapa pihak telah menanyakan isu berkenaan duit rakyat selepas gambar bot laju peribadinya disiarkan oleh laman sosial itu.

Baginda berharap dapat menjelaskan mengenai isu itu dan melenyapkan isu yang ditimbulkan oleh beberapa pihak itu.

Menurut Tunku Ismail, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan negeri pada 1899 apabila Almarhum Sultan Ibrahim pernah menolak gaji yang diterimanya daripada kerajaan negeri.

"Almarhum sebaliknya telah menyalurkan dana (gaji) kepada yayasan yang sekarang ini dikenali sebagai Yayasan Iskandar," kata baginda dan menambah, yayasan itu berfungsi untuk membantu rakyat negeri Johor yang memerlukan.

Sehingga kini dana Yayasan Iskandar menurutnya, telah digunakan untuk membiayai pembelajaran, menunaikan ibadah haji, meningkatkan kemudahan sekolah-sekolah agama dan pelbagai lagi.

Tunku Mahkota Johor mendedahkan segala hasil Kesultanan Johor semenjak Almarhum Sultan Ibrahim sehinggalah kini datang daripada estet getah dan kelapa sawit yang kini diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Mados.

"Saya tidak perlu nyatakan berapa jumlah zakat yang telah disalurkan oleh DYMM Sultan dan saya setiap tahun. Saya bangkitkan perkara ini kerana ada beberapa individu yang ***** sombong, kurang arif dan tidak boleh diajar lagi."

"Segala elaun yang diperuntukan oleh kerajaan negeri kepada saya sejak saya menjadi Raja Muda sehinggalah sekarang disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan ayahanda saya," kata Tunku Ismail.

Tunku Mahkota berkata, beliau bukan berniat untuk membangkit tetapi hanya mahu memberi maklumat tentang Kesultanan Johor serta menasihatkan mereka yang mahu mengeluarkan kenyataan supaya melakukan kajian terlebih dahulu supaya tidak mengaibkan diri. -- MALAYSIAGAZETTE

Share this article :

+ comments + 1 comments

7/29/2014 10:28 pm

Nenda baginda juga semasa menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pun tidak pernah ambil gaji..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger