Home » » Terkini ; Foto Polis Malaysia Berjaya Tahan Pembunuh Presiden Sri Langka

Terkini ; Foto Polis Malaysia Berjaya Tahan Pembunuh Presiden Sri Langka

Written By Unknown on 05/07/2014 | 2:20 am





KUALA LUMPUR: Empat lelaki yang disyaki pemimpin kanan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) ditahan dalam beberapa serbuan pada Khamis.


Suspek yang dipercayai ketua kumpulan LTTE ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman ekoran serbuan yang dilakukan di Kuala Lumpur dan Selangor.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang suspek yang ditahan adalah pakar pembuat bom yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).


Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dengan pembunuhan bekas Presiden Sri Lanka, Chandrika Kumartunga pada 1999.


"Suspek ketiga pula ialah rakan yang bersubahat dalam serangan pengganas yang berjaya digagalkan di India awal tahun ini, manakala suspek keempat adalah pengumpul dan menyebarkan maklumat antara rangkaian LTTE," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Antara barangan yang disita termasuk pasport palsu serta cop mohor Jabatan Imigresen Malaysia dan negara lain.


"Kami sedang menyiasat kaitan antara 14 anggota LTTE yang ditahan tahun ini, di mana tujuh daripada mereka pemegang kad UNCHR.


"Kami akan cuba mengenalpasti bagaimana perkara ini berlaku," katanya.


-beliabangkit
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger