Home » » Terkini : Awie Di Tahan Polis

Terkini : Awie Di Tahan Polis

Written By Unknown on 01/07/2014 | 12:03 pm

Awie akhirnya ditahan polis kerana dituduh pukul isteri.Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan teruk di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon yang terkenal menerusi filem Zombie Kampung Pisang itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan.

“Awie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin… dia kini disiasat kerana disyaki dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.

Awie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut.

“Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” tambahnya lagi ringkas.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger