Home » » Terkini : 2 Lagi Pesawat Di Tembak Jatuh Di Ukraine

Terkini : 2 Lagi Pesawat Di Tembak Jatuh Di Ukraine

Written By Unknown on 24/07/2014 | 9:17 am

KIEV: Pemberontak pro-Russia hari ini menembak jatuh dua pesawat pejuang Ukraine hanya beberapa hari selepas pesawat Malaysia Airlines MH17 di tembak jatuh, menurut jurucakap tentera Ukraine. 

“Dua jet pejuang Sukhoi Ukraine ditembak jatuh. Nasib juruterbang tidak diketahui," kata Oleksiy Dmytrashkivsky sambil menambah pesawat berkenaan ditembak jatuh kira-kira 25 kilometer dari kawasan MH17 terhempas. 

Bagaimanapun, jurucakap tentera kedua menyatakan pesawat berkenaan ditembak jatuh di lokasi berbeza. 

Katanya, dua juruterbang berjaya menyelamatkan diri dengan payung terjun. 

“Hari ini di selatan wilayah Lugansk berhampiran perkampungan Dmytrivka, pejuang pro-Russia menembak dua jet Su-25 dengan sistem peluru berpandu," kata Vladislav Seleznev. - AFP

-satusabah

Foto hiasan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger