Home » » Terengganu : Foto Meninggal Dunia Dalam Sujud...Subhanallah

Terengganu : Foto Meninggal Dunia Dalam Sujud...Subhanallah

Written By Unknown on 31/07/2014 | 10:12 am

Seorang warga emas, Ambak Mohamad, 82, ditemui mati dalam keadaan sedang bersujud di rumahnya di Kampung Teluk Lipat, Dungun, kelmarin.

Ambak ditemui meninggal dunia oleh anak saudaranya, Zulkifli Harun, 58, yang datang beraya ke rumahnya pada jam 5.30 petang, 1 Syawal lalu.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau ketika ditemui.

Isteri Allahyaraham dan anak angkat mangsa, kedua-duanya mengalami masalah mental tidak menyedari kematian Ambak kerana menyangkakan arwah sedang tidur.

Zulkifli berkata memetik Harian Metro,“Allahyarham ditemui meninggal dunia atas sejadah dengan memakai kain pelekat di dalam sebuah bilik di rumahnya dan dipercayaimeninggal dunia akibat serangan jantung”. –MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger