Home » » Terbaru : Ada Pemimpin Pas Kecut Dengan Rafizi

Terbaru : Ada Pemimpin Pas Kecut Dengan Rafizi

Written By Unknown on 29/07/2014 | 3:54 pm

Aakj : Cakap siang pandang2 kata orang tua..bila dah terlepas cakap..dah jadi hak orang..masa bercakap tu hak kita..

Jilat..jangan tak jilat :

Dari blog informasi :

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan peribadi antara kumpulannya dalam mesej ‘WhatsApp’ yang dibocorkan dan tersebar luas dalam media sosial.

Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal.

Katanya, tidak adil jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan.

“PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

“Secara tegasnya, olahan perancangan senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP),” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kenyataan Zuhdi yang mahu mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP.

Katanya, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan, termasuk Buku Jingga.

Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi, tetapi pandangan Zuhdi itu ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan, “walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan,” kata Rafizi.

Kenyataan penuh rafizi :
http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/2014/07/cadangan-pas-keluar-pakatan-rafizi.html?m=1

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger